Cara Mohon Kad Sim & Data 40GB Percuma

Yes baru-baru ini melancarkan Yes Kasi Up B40, menawarkan 40GB data percuma kepada golongan B40 yang berdaftar. Pengguna yang tergolong di dalam B40, boleh memohonnya di laman web www.yes.my/kasiupB40 atau melalui aplikasi MyYes.

Pengarah Urusan YTL Communications, Dato’ Yeok Seok Hong ketika mengumumkan inisiatif itu berkata, “Hari ini genap setahun sejak kami mula memberikan data percuma kepada mereka yang sangat memerlukan. Perjalanan itu bermula dengan inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL dengan kerjasama YES. Sasarannya pada ketika itu ialah untuk memastikan semua murid-murid sekolah di Malaysia dapat terus belajar, walaupun semasa perintah kawalan pergerakan sedang dilaksanakan akibat pandemik COVID-19. Kad SIM YES kami yang didatangkan dengan 40GB data percuma serta akses kandungan pembelajaran yang dibangunkan oleh FrogAsia di dalam platform pembelajarannya sejak itu telah membantu lebih 450,000 kanak-kanak di Malaysia, kebanyakannya terdiri daripada golongan B40, meneruskan pembelajaran di sepanjang tempoh pandemik.

Untuk memohon, golongan B40 dikehendaki memberikan butiran perhubungan mereka di dalam laman sesawang berkenaan bagi membolehkan kad SIM YES dihantar terus ke rumah mereka. Selepas ia diaktifkan melalui aplikasi MyYes, 40GB data percuma tersebut sah untuk tempoh 60 hari.

MOHON SEGERA!! KLIK SINI

Advertisement



(Visited 418 times, 1 visits today)

Leave a Reply