PKP 3.0 | Hanya 10 surat diterima ketika SJR – Contoh Surat Kebenaran

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan hanya akan menerima surat pengesahan daripada kementerian atau agensi tertentu sahaja sebagai bukti yang membolehkan pekerja bergerak dari kediaman ke tempat kerja bermula 8 Jun ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM menyokong hasrat kerajaan bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

“Sebagai agensi bertanggungjawab menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR), kebenaran melakukan perjalanan hanya akan diberikan kepada pekerja yang mengemukakan surat pengesahan daripada kementerian dan agensi tertentu sahaja bagi sektor yang dibenarkan beroperasi.

Dalam kenyataan tersebut, PDRM telah menyenaraikan 7 kementerian dan 3 agensi terlibat, iaitu:

PDRM turut memberi amaran mana-mana individu yang gagal mengemukakan surat pengesahan, atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas.

“PDRM mengingatkan orang ramai agar mengemukakan dokumen yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang telah dinyatakan ketika melalui SJR dan mereka yang gagal mengemukakan surat pengesahan atau mengemukakan surat pengesahan palsu akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” tegas beliau.

Acryl Sani menambah, orang ramai diminta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha melandaikan lengkuk penularan wabak Covid-19 dan sekiranya terdapat aduan mengenai pematuhan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) PKP, salurkan melalui Malaysian Goverment Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000 atau menerusi emel ke 80008000@myggcc.gov.my serta aduan.pematuhan@mkn.gov.my. 

#Contoh Surat Kebenaran Majikan PKP 3.0 #Contoh Surat Terkini Kebenaran SJR #Contoh Surat Kebenaran Bekerja PKP 3.0

Contoh Surat Kebenaran Pelepasan Bekerja Pertama

Kepala Surat Syarikat/ Majikan

Tarikh:

Kepada Pihak yang berkenaan

Tuan/Puan

PERKARA : SURAT KEBENARAN PERGERAKAN KEPADA PEKERJA DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Merujuk kepada perkara diatas dimaklumkan pihak majikan mengesahkan bahawa (Nama Pekerja) adalah pekerja syarikat kami yang bertugas di alamat:

Nama Syarikat:

Alamat Syarikat:

Nama Pekerja: 

Nombor Kad Pengenalan:

Kami memohon kerjasama pihak berkenaan yang bertugas untuk memberi kebenaran pergerakan kepada pekerja syarikat kami sepanjang tempoh PKP dilaksanakan dari (tarikh pelaksanaan PKP). Hal ini kerana syarikat kami dikategorikan sebagai ‘Perkhidmatan Perlu’ dimana operasi perlu berjalan seperti biasa.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian seperti di bawah;

Nama Pegawai Sumber Manusia syarikat/majikan & No. Telefon:

Kerjasama dan jasa baik pihak tuan/puan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Yang Benar,

(Nama Syarikat)

(Cop Syarikat/ Tandatangan Majikan)
(Pengarah/ Pegawai Sumber Manusia)

Info Penting lain :

Baca Juga : Cara Mohon Moratorium Automatik PKP 3.0 Bagi 22 Bank

Baca Juga : Cara Semak dan Mohon Bantuan RM500 Untuk B40 | RM100 Untuk Bujang

Advertisement



(Visited 379 times, 1 visits today)

Leave a Reply