Semakan Tawaran UPU 2024/2025 [Keputusan Permohonan]

Semakan Keputusan Permohonan UPU Online SPM Sesi Akademik 2021/2022 | Check Result UPU Online 2021 | Tarikh Keputusan UPU 2021 | Login Semakan UPU | Pendaftaran UPU Online | Kemaskini UPUOnline | Laman web https://upu.mohe.gov.my

Untuk makluman semua lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang telah membuat permohonan UPU 2021/2022, berikut merupakan maklumat mengenai semakan panggilan ujian, panggilan temuduga, dan keputusan permohonan UPUOnline untuk lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2021/2022.

Keputusan UPU bagi permohonan lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

Semakan Keputusan UPU Online 2021

Kepada lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA Universiti Awam (UA), Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022,  berikut merupakan tarikh keputusan UPU bakal diumumkan pada:

Lepasan SPM Setaraf

Semakan Dibuka (UA/ Politeknik) : Minggu Ketiga Bulan Julai 2021

Lepasan STPM Setaraf

Tarikh Semakan : Tahun 2021

Cara Semakan Keputusan UPU Online 2021

Semakan secara online boleh dibuat melalui saluran semakan yang disenaraikan di bawah.

Semakan boleh dibuat pada laman pautan yang disediakan dibawah

  1. Layarai laman web UPU : https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan. (klik enter)
  3. Pilih kategori yang hendak disemak.
  4. Klik masuk.

Baca Juga : Semakan Panggilan Temuduga/Ujian UPU/IPTA Sesi Akademik 2021/2022

Cara Semakan UPU melalui SMS.

1) Untuk Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier

Taip UPU<jarak> RESULT<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

2) Untuk Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)

Taipkan: UPU <jarak> TVET <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar ke 15888

Baca juga : Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2021/2022

Cara Semakan UPU Menggunakan Aplikasi

Semakan keputusan permohonan UPU boleh dibuat menggunakan aplikasi mobile UPUPocket. Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.

Aplikasi ini boleh juga digunakan untuk menyemak kelayakan kemasukan, ePanduan, status permohonan UPU, keputusan permohonan dan rayuan dan juga rujukan tarikh-tarikh Penting UPU.

Info Tambahan : Cara Pengiraan Merit UPU Kemasukan ke UA/IPTA Lepasan SPM

Permohonan Rayuan UPU

Permohonan E-Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak berjaya mendapat sebarang tawaran sahaja iaitu pemohon yang telah mengemukakan permohonan awal sebelum tarikh tutup permohonan UPU online. e-Rayuan UPUOnline akan dibuka selama 10 hari sahaja bermula dari hari keputusan diumumkan.

  • Tarikh Buka Rayuan UPU : Akan dikemaskini
  • Tarikh Tutup Rayuan UPU : Akan dikemaskini
  • Tarikh Keputusan Rayuan UPU : Akan dikemaskini

iNFO Penting Lain :-

Advertisement



(Visited 284 times, 1 visits today)

Leave a Reply