UPU Online 2023/2024 | Cara Kemaskini Borang Permohonan

Permohonan Baharu Kemasukan UPU, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Kemahiran Tinggi Awam Melalui UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024

Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula 7 Januari hingga 28 Mac 2023 bagi permohonan Fasa Pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi Fasa Kedua.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Menurut KPT, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.

“Selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.

“Dijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada kementerian,” menurut KPT menerusi kenyataan rasmi bertarikh 6 Januari 2023.

UPUOnline diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi untuk memudahkan pelajar Lepasan SPM dan STPM untuk permohonan kemasukan ke pengajian peringkat tinggi. KPM, JPT telah membuat pengumuman bahawa permohonan UPUOnline bagi kemasukan 2023 telah dibuka. Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024 boleh dibuat secara online mengikut kelayakan masing-masing.

Tarikh Permohonan UPU Sesi 2023 / 2024

Pemohon boleh dibuat pada :

  • Fasa 1 : 7 Januari hingga 28 Mac2023
  • Fasa 2 : 15 Mei hingga 12 Jun 2023

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) AKAN MENANGGUNG SEPENUHNYA BAYARAN PROSES UPUONLINE (NO. UNIK ID BSN) BAGI SESI AKADEMIK 2023/2024

Pembelian Unik ID

1. Permohonan UPUONLINE Fasa 1 akan dibuka pada 7 Februari 2023 – 28 Mac 2023 (boleh mohon program bertemuduga dan tidak bertemuduga).

2. Permohonan UPUONLINE Fasa 2 akan dibuka pada 15 Mei 2023 – 12 Jun 2023 (boleh mohon program tidak bertemuduga sahaja).

3. Pembelian PIN UNIK ID UPU ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.

Link Permohonan:
http://upu.mohe.gov.my/

Syarat Am / Kategori Permohonan UPU Online 2023

Terdapat 2 kategori permohonan iaitu:

KATEGORI 1 : PERMOHONAN LEPASAN SPM

  • Kategori Lepasan SPM
    • SPM 2022
    • SPM 2021 & SPM 2020

KATEGORI 2 : PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF

  • STPM 2022
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2022 / 2023
  • STAM 2022 & 2021
  • Diploma / Setaraf
    • Diploma UA / Politeknik
    • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
    • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
    • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)

Syarat pemilihan program UPU online 2023 boleh dibuat dengan merujuk ke pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline 2022 / 2023

Calon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada :

https://upu.mohe.gov.my/

Panduan Memilih Program

  1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  2. Program yang minat.
  3. Pilihan program mengikut keutamaan.
  4. Rujuk kaunselor.
  5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

Dasar Pemilihan Meritokrasi

Dasar pemilihan UPU online 2021 adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;

90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM

Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:

Panduan Permohonan UPUOnline 2023

Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:

  1. Layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
  2. Pastikan kategori anda betul.
  3. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  4. Kira merit disini.
  5. Semak tren permohonan dan penawaran.
  6. Semak laluan kerjaya.
  7. Isi permohonan UPUOnline.
  8. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  10. Lengkapkan borang permohonan.
  11. Klik butang “SIMPAN”.
  12. Cetak slip permohonan.
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.

CARA PERMOHONAN UPU 2023 ONLINE (LEPASAN SPM/ STPM)

  1. Lepasan SPM
  2. Lepasan STPM/Setaraf

Permohonan UPU : Pemarkahan Merit

Pemarkahan merit merupakan aspek yang diambil kira dalam permohonan. Pemarkahan merit merupakan satu sistem meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum).

Bagi memudahkan anda untuk mengira markah merit, anda boleh terus ke portal UPUonline : http://upu.mohe.gov.my/index.php/panduan-calon/kalkulator-merit

Permohonan UPU 2023 : Lepasan SPM,Matrikulasi, Asasi, STPM/Setaraf

Anda boleh membuat permohonan UPU dengan melayari portal ini : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login

Tarikh-tarikh Penting UPU Online : Proses Temuduga, Fasa Kemaskini, Keputusan Permohonan & Rayuan

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM & lepasan STPM Sesi Akademik 2023 / 2024

https://upu.mohe.gov.my/

TARIKH TARIKH PENTING KEMASUKAN PELAJAR
Lepasan SPM & Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2023/2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang sistem dan permohonan UPU Online 2023 / 2024, sila hubungi saluran berikut:

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat penting tentang UPU online 2023, sila muat turun Aplikasi Pintar UPU Pocket.

Baca juga : Sebab dan Kenapa Gagal Permohonan UPU Online

iNFO Penting Lain :-

Advertisement



(Visited 1,792 times, 1 visits today)

Leave a Comment