Permohonan Bantuan Persekolahan MAIWP

Bantuan Persekolahan RM400 – Tawaran Bantuan Persekolahan RM400 MAIWP untuk keluarga Asnaf.

Melalui Program MAIWP KASIH ASNAF, bantuan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai anak di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Setiap individu yang layak akan menerima kredit voucher RM250 – RM400 yang diberikan mengikut sekolah.

BANTUAN PAKAIAN & PERSEKOLAHAN MAIWP

Apa yang anda lakukan adalah, dengan membuat semakan penerima di laman rasmi yang telah disediakan dan buat tebusan di lokasi yang telah ditetapkan.

Untuk memudahkan anda, sila ikut langkah-langkah di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan penebusan Kasih Asnaf Back To School “Pilih dan Pulang”.

MAKLUMAT BANTUAN PERSEKOLAHAN RM400

Berikut adalah merupakan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini. “Pembelian tanpa perlu pembayaran” hendaklah melalui proses penebusan yang boleh dilakukan mengikut pada ketetapan berikut:

– Tarikh Penebusan : Bermula 23 Disember 2020 sehingga 30 April 2021
– Masa Penebusan : Mengikut kepada waktu operasi kedai / pasaraya
– Bilangan Kedai / Pasaraya : 46 buah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

CARA PENEBUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM400 MAIWP

Daripada bantuan ini, keluarga asnaf hanya perlu melakukan perkara seperti di bawah ini:

1. Pergi ke mana-mana 46 buah pasaraya / kedai yang terpilih yang terletak di lokasi yang telah ditentukan.
2. Sila pilih barangan yang diperlukan berdasarkan senarai yang telah dikeluarkan oleh pihak MAIWP mengikut kadar yang telah ditetapkan. Anda hendaklah membuat penebusan untuk barangan wajib terlebih dahulu sebelum menebus barangan pilihan. (Pembelian melebihi kadar bantuan adalah tanggungjawab ibu bapa / pelajar sendiri)
3. Serahkan MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal yang terletak di kaunter bayaran.
4. Juruwang akan melakukan imbasan barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.
5. Juruwang memasukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.
6. Masukkan 6-Digit Pin pertama yang tertera di MyKad / MyKid / Kad Pintar di terminal.
7. Resit akan dicetak setelah selesai. Sila pastikan anda menyemak baki akaun pada resit dan simpan resit tersebut sebagai rujukan.
8. Anda boleh pulang dengan hati yang gembira tanpa perlu melakukan sebarang pembayaran tunai

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM400 MAIWP

Untuk pengetahuan anda, seramai 27,246 pelajar daripada keluarga asnaf adalah layaj untuk menerima bantuan persekolahan yang ditawarkan ini.

Untuk mengetahui samada anda layak menerima bantuan persekolahan ini, anda boleh terus membuat semakan di Portal MAIWP dibawah:

SEMAK BANTUAN PERSEKOLAHAN RM400 MAIWP

HUBUNGI

Seandainya anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan bantuan yang berkaitan, anda boleh terus menghubungi sila hubungi salah satu daripada talian MAIWP berikut :

Kuala Lumpur – 011 6254 2728 / 011 5920 909476 / 011 633 41373
Putrajaya – 013 851 3066 / 08 741 9594 / 08 7419 716
Labuan – 011 594 96216

Advertisement



(Visited 144 times, 1 visits today)

Leave a Reply