Permohonan Online UPU 2021


UPUOnline diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi untuk memudahkan pelajar Lepasan SPM dan STPM untuk permohonan kemasukan ke pengajian peringkat tinggi. KPM, JPT telah membuat pengumuman bahawa permohonan UPUOnline bagi kemasukan 2021 telah dibuka. Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2021/2022 boleh dibuat secara online mengikut kelayakan masing-masing.

PERMOHONAN UPU 2021 ONLINE (LEPASAN SPM/ STPM)

Permohonan UPU 2021 telah dibuka bermula 04 Januari 2021 secara atas talian. Permohonan UPU akan ditutup pada 31 Mac 2021 bagi permohonan sesi akademik 2021/2022.

Terdapat beberapa kategori bagi permohonan UPU 2021 iaitu :

  1. Lepasan SPM
  2. Lepasan STPM/Setaraf

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan UPU, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda buat :

  1. Membuat pembelian pin unik ID di BSN
  2. Membuat permohonan UPU di portal rasmi UPUOnline
  3. Mengisi maklumat dengan betul.
  4. Membuat kajian program yang ditawarkan sama ada bersesuaian dengan minat anda.
  5. Menyemak syarat kelayakan.
  6. Melengkapkan borang permohonan dan tekan butang ‘SIMPAN’.
  7. Cetak dan simpan slip permohonan sebagai bukti bahawa permohonan UPU telah dibuat.

Permohonan UPU : Pemarkahan Merit

Pemarkahan merit merupakan aspek yang diambil kira dalam permohonan. Pemarkahan merit merupakan satu sistem meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum).

Bagi memudahkan anda untuk mengira markah merit, anda boleh terus ke portal UPUonline : http://upu.mohe.gov.my/index.php/panduan-calon/kalkulator-merit

Permohonan UPU 2021 : Lepasan SPM,Matrikulasi, Asasi, STPM/Setaraf

Anda boleh membuat permohonan UPU dengan melayari portal ini : https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/login

Tarikh tutup permohonan UPU 2021?

31 Mac 2021

Dimana beli pin unik ID?

Pembelian boleh dibeli di BSN

Bolehkah guna keputusan SPM 2018@2019?

Ya boleh. sila rujuk kategori B bagi lepasan SPM

Baca juga : Sebab dan Kenapa Gagal Permohonan UPU Online

Baca juga : Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU

Mohon Segera!!




Leave a Comment