Inisiatif PEMERKASA: Bantuan RM500 Untuk B40

PEMERKASA: B40 Hilang Pendapatan Terima Bantuan RM500

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 mulai Jun ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa bantuan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima itu adalah antara inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) bagi membantu golongan kehilangan pendapatan.

Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut.

  • Penerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
  • Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
  • Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.

Kelayakan

  • Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan
  • Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah

Tarikh Bayaran

Tarikh bayaran RM500 untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR yang layak ini dijangka akan disalurkan mulai bulan Jun 2021.

Cara Permohonan

Menurut pengumuman Perdana Menteri sebentar tadi, penerima yang layak menerima bantuan RM500 ini tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.

Baca Juga : Cara Mohon Bantuan PembelianTelefonRM300PEMERKASA

Advertisement



(Visited 804 times, 1 visits today)

Leave a Reply